facebook bermula titik dosa ..


Facebook Bermula Titik Dosa?

Assalamualaikum pembaca sekalian,
“Facebook Titik Dosa”. Mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa facebook boleh terjadinya atau bermulanya titik dosa. Mana tidaknya, kita tengok hari ini Facebook ataupun Laman Sosial menjadi tren di zaman ini. Bahkan budak tadika pun dah ada akaun facebook.

Facebook boleh bermulanya titik dosa?. ok sebagai contoh
Kita lihat kebanyakkan pengguna di facebook seringkali menayangkan atau memuatnaik gambar-gambar mereka yang tidak menutup aurat , baju ketat la dan sebagainya. Adakah anda ingat mati itu bila tua? Sedarlah wahai kawan-kawan sekalian. Bayangkanlah sekiranya beberapa minit lagi Malaikat Izrail menjemput anda?. Adakah anda sempat padam gambar-gambar yang telah anda “uploud” di facebook  anda?. Adakah anda mahu roh anda tidak tenang ataupun terseksa? Jangan lah bila dah mati pun kita masih menanggung dosa berterusan. Tiada gunanya kita bahagia sebelum mati jika selepas mati kita terseksa dek kerana facebook.

Ada sesetengah pengguna di facebook juga menjadikan facebook itu sebagai platform untuk mereka nak memaki hamun atau untuk bergaduh. Bukan itu saja bahkan ada sesetengah pengguna facebook menyebarkan fitnah-fitnah. Adakah anda tahu bahawa dosa memfitnah itu lebih besar dari membunuh?. Mungkin kita merasakan apa yang kita tulis atau “Komen” di Facebook itu satu guraun tetapi apa kesannya sekiranya orang lain yang membacanya serta mempercayainya?. Janganlah disebabkan hanya menulis anda menanggung dosa berterusan.

Bukan itu saja, ada juga kita tengok seseorang itu berwatakan warak, alim berpurdah dan sebagainya. Tetapi apa gunanya membuat status-status yang boleh menimbulkan fitnah contohnya membuat status relationship dengan seseorang wanita ataupun lelaki. Mungkin anda hanya ingin suka-suka tetapi adakah kawan-kawan anda mengetahui niat anda? Kalau orang yang tak tahu dia akan sebarkan  contohnya ” Eh joyah, kau tahu tak yang Si Mamat tu ada hubungan dengan Si Minah tu? ” Ini menyebabkan berlakunya fitnah. Buat apa buat status-status macam tu. Kalau buat status “Bertunang” saja ker ok la lagi, nie siap tag lagi ” Mamat is relationship with…….” Apa faedahnya? Kalau yang dah betul-betul dah bernikah tu takpe la…. Tepuk dada tanya iman

Ada juga pengguna facebook yang sudah berumur yang memuatnaik gambar-gambar semasa pernikahannya di era 60-an dengan tak pakai tudung la dan sebagainya. Mungkin anda ingat “takpe, gambar hitam putih saje” iyer memang hitam putih tapi cara dan niat tak menghalalkan hukum Allah. Buat apa “uploud” gambar dulu-dulu?. Nak tunjuk kejahilan kita zaman dulu?. Tak payah lah buka aib sendiri sedangkan Allah menutup aib hambanya. Tak malukah kita kepada Allah?. Renungkanlah…..

Renungkan untuk kita bersama, cuba kita hitung sudah berapa banyak maksiat dan dosa yang telah kita lakukan dan sudah berapa banyak kita buat kebaikan dan pahala. Ingatlah bahawa didunia ini hanyalah singahan untuk kita menuai hasil iaitu mengumpul bekalan untuk ke akhirat. Jangan lupa kita masih ada akhirat yang kekal selamanya. Ingatlah mati itu satu kepastian, InsyaAllah kita dapat memunasabahkan diri kita. Adakah anda pernah terfikir, mereka yang terbaring didalam kubur itu juga pernah hidup macam kita?. Kita juga akan menyusul seperti mereka. Walaupun saya bukanlah seorang Ustaz mahupun Alim Ulamak tapi saya rasa bertanggungjawab untuk rakan-rakan di Facebook. Saya bukanlah sesiapa untuk memberi nasihat tetapi Islam itu mengajar kita untuk berdakwah walaupun hanya satu perkatan. Insyallah kita sama-sama kembali kepada jalan Allah.

p/s: Adakalanya apabila kita menasihati,memberitahu dan sebagainya kita dicemuh . Bahkan ada yang mengatakan tengok diri sendiri dulu sebelum nak menasihat, iyer memang betul tetapi atleast kita dah lakukan tanggungjawab kita sebagai saudara seislam. Biarlah manusia ingin benci kita jangan sampai Allah benci kita. Semua diatas ini peringatan terutama untuk diri saya dan pembaca sekalian. Nasihat saya, gunalah facebook sebaik mungkin. Tidak salah sekiranya menggunakannya dengan baik dan tidak melanggar batas-batas yang ditetapkan oleh Allah. Sekiranya anda merasakan artikel ini baik ia adalah dari Allah dan sekiranya anda rasakan artikel ini menyentuh perasaan anda atau penggunaan kata yang tidak sesuai ia adalah dari kelemahan saya sendiri dan saya memohon maaf.

thanks reading

No comments:

Post a Comment